---
title: Cara Memilih Sistem Pengurusan Hotel sesuai untuk Hotel Bajet 2026
description: Ketahui cara memilih perisian pengurusan hotel yang tepat untuk hotel bajet. Lancarkan operasi, tingkatkan tempahan, dan berikan pengalaman tetamu yang lebih baik.
image: https://page.mysoftinn.com/hubfs/blog-bajet.png
---

[![Softinn](https://page.mysoftinn.com/hubfs/raw_assets/public/softinn-metronic-theme/images/logo/softinn-logo/softinn-logo-main-with-mascot.svg)](https://www.mysoftinn.com)

- Products 
    - [Property Management System](https://www.mysoftinn.com/hotel-pms-front-desk-system)
    - [Booking Engine](https://www.mysoftinn.com/hotel-booking-engine)
    - [Hotel Website CMS](https://www.mysoftinn.com/hotel-website-cms)
    - [Hotel Channel Manager](https://www.mysoftinn.com/hotel-channel-manager)
    - [Hotel Kiosk](https://www.mysoftinn.com/hotel-kiosk)
    - [AI New](https://www.mysoftinn.com/ai)
- Segments 
    - [Independent Boutique Hotel](https://www.mysoftinn.com/boutique-hotel-management-system)
    - [Hotel Chains](https://www.mysoftinn.com/hotel-chain-management-system)
    - [Resort & Villa](https://www.mysoftinn.com/resort-management-system)
    - [Short-Term Vacation Rental](https://www.mysoftinn.com/airbnb-management-software)
    - [Campsite](https://www.mysoftinn.com/campsite-management-system)
    - [Airport Hotel](https://www.mysoftinn.com/airport-hotel-management-system)
- Roles 
    - [Admin & Owner](https://www.mysoftinn.com/hotel-owner)
    - [Manager](https://www.mysoftinn.com/hotel-manager)
    - [Front Desk](https://www.mysoftinn.com/hotel-front-desk-receptionist)
    - [Housekeeping](https://www.mysoftinn.com/hotel-housekeeper)
    - [Maintenance](https://www.mysoftinn.com/hotel-maintenance-technician)
    - [Finance](https://www.mysoftinn.com/hotel-finance-accountant)
    - [Marketing and Sales](https://www.mysoftinn.com/hotel-marketing-sales)
- Resources 
    - [Knowledge Base](https://blog.mysoftinn.com)
    - [E-books](https://page.mysoftinn.com/guide-and-resources)
    - [Product Training](https://page.mysoftinn.com/softinn-product-training-session)
    - [Blog & Articles](https://page.mysoftinn.com/en)
    - [Product Updates](https://blog.mysoftinn.com/category/product-updates/)
    - [Partner & Integration](https://www.mysoftinn.com/integrations)
- Company 
    - [About Softinn](https://www.mysoftinn.com/about-us)
    - [Contact Us](https://www.mysoftinn.com/contact-us)
    - [Careers](https://page.mysoftinn.com/careers)
- [Pricing](https://www.mysoftinn.com/pricing)

[Free Trial](https://page.mysoftinn.com/softinn-signup-form) [Login](https://portal.mysoftinn.com/auth/login)

Hotel Management Hotel PMS

# Cara Memilih Sistem Pengurusan Hotel sesuai untuk Hotel Bajet 2026

Tai Pei Shi

 Last updated 01 Oct 2026

![](https://page.mysoftinn.com/hubfs/blog-bajet.png)

Memilih [**sistem hotel yang sesuai**](https://page.mysoftinn.com/en/best-hotel-management-software-for-small-hotels-2026-comparison) bukan tentang mencari sistem yang mempunyai paling banyak feature. Yang lebih penting ialah sistem itu mudah digunakan, sesuai dengan cara hotel anda beroperasi, dan boleh membantu kurangkan kerja manual.

Bagi hotel bajet atau hotel persendirian, keperluannya mungkin berbeza daripada hotel rangkaian yang lebih besar. Sistem yang terlalu kompleks bukan sahaja susah untuk digunakan, malah boleh melambatkan kerja staf terutama ketika waktu sibuk.

Berdasarkan pengalaman kami bersama **lebih 2,000 pengusaha hotel yang menggunakan Softinn** di Malaysia dan Asia Tenggara, ada beberapa perkara utama yang patut anda lihat sebelum memilih sistem hotel.

Dalam panduan ini, kami akan kongsikan apa yang perlu diberi perhatian supaya anda boleh pilih sistem yang sesuai dengan operasi dan keperluan hotel anda.

## Langkah 1: Tentukan Keperluan Anda

![](https://page.mysoftinn.com/hs-fs/hubfs/infographic-7-steps%20(1)-png.png?width=515&height=682&name=infographic-7-steps%20(1)-png.png)

Sebelum mula bandingkan sistem, lihat dulu bagaimana hotel and beroperasi setiap hari.

Bahagian mana yang masih banyak dibuat secara manual? Apa yang selalu mengambil masa atau menyebabkan kesilapan?

Antara masalah yang biasa dihadapi hotel:

- Perlu **update availability bilik secara manual** di beberapa OTA
- Sukar untuk tahu **bilik mana yang sudah dibersihkan dan ready untuk check-in**
- Perlu **semak status pembayaran** tempahan secara berasingan
- **Laporan masih disediakan secara manual** setiap hujung bulan

Daripada sini, lebih mudah untuk tahu apa yang hotel anda sebenarnya perlukan daripada sebuah sistem.

Contohnya, kalau staf masih perlu buka beberapa OTA untuk update availability, anda mungkin perlukan sistem yang boleh connect terus dengan Channel Manager.

Fikirkan juga siapa yang akan menggunakan sistem tersebut setiap hari.

> Sistem yang baik sepatutnya mudah digunakan oleh staf dan tidak memerlukan terlalu banyak langkah untuk urusan harian.

 

## Langkah 2: Fokus pada Feature yang Betul-Betul Digunakan

Tak semestinya sistem yang mempunyai lebih banyak feature adalah lebih baik. Yang penting ialah **feature tersebut memang membantu kerja harian staf**.

- ### Pengurusan Tempahan
  
    - Tempahan daripada google, **website hotel, OTA dan walk-in** sepatutnya boleh dilihat dan diuruskan dalam satu sistem sahaja.
      
      Dengan Softinn PMS, tempahan daripada saluran berbeza boleh diuruskan dalam satu dashboard supaya staf lebih mudah melihat tempahan dan availability bilik.
- ### Check-in & Check-out
  
    - Semasa waktu sibuk, proses check-in sepatutnya **mudah dan tidak memerlukan terlalu banyak langkah**.
      
      Anda boleh kira, berapa banyak langkah yang staf perlu buat untuk cari tempahan, assign bilik, semak pembayaran dan selesaikan check-in.
- ### Housekeeping & Status Bilik
  
    - Front desk perlu tahu **bilik mana yang masih kotor, sedang dibersihkan atau sudah ready untuk check-in**.
      
      Bila housekeeping update status bilik, front desk sepatutnya boleh nampak perubahan tersebut terus dalam sistem tanpa perlu call atau WhatsApp untuk bertanya.
- ### Guest Folio & Payment (Billing/ Invoice)
  
    - Maklumat seperti **caj, pembayaran dan baki tetamu** sepatutnya mudah disemak dalam satu guest folio.
      
      Semak juga sama ada sistem boleh connect dengan payment gateway yang hotel anda gunakan supaya urusan pembayaran lebih mudah diuruskan.

> Selain operasi harian, tengok juga sama ada sistem menyediakan **laporan yang mudah difahami** untuk anda pantau prestasi hotel seperti occupancy, ADR, RevPAR dan prestasi saluran.
> 
> **Baca: [6 Hotel Metrics to Track for Better Revenue Management](https://page.mysoftinn.com/en/6-hotel-metrics-to-track-for-better-revenue-management)→**

 

## Langkah 3:  Pastikan PMS dan Channel Manager Boleh Connect

![](https://page.mysoftinn.com/hs-fs/hubfs/infographic-two-way-sync-png.png?width=615&height=328&name=infographic-two-way-sync-png.png)

 

- Pastikan PMS dan Channel Manager boleh sync secara automatik
  
  Bila ada tempahan baharu daripada OTA, tempahan tersebut akan masuk ke PMS dan availability bilik akan dikemas kini. Begitu juga bila ada perubahan pada kadar atau availability dari pihak hotel.
  
  Ini membantu **kurangkan kerja manual dan risiko overbooking**, terutama bila anda menguruskan beberapa OTA pada masa yang sama.
- Semak OTA yang hotel anda gunakan
  
  Tak perlu terlalu fokus pada berapa banyak OTA yang boleh disambungkan. Yang lebih penting ialah **OTA yang hotel anda gunakan boleh connect dengan sistem tersebut**.
- Pastikan room mapping dibuat dengan betul
  
  Sebelum mula menggunakan Channel Manager, pastikan **jenis bilik dalam PMS dipadankan dengan jenis bilik yang betul di setiap OTA**.
  
  Contohnya, “Deluxe King” dalam PMS perlu dipadankan dengan listing “Deluxe King” yang betul di Agoda. Room mapping yang betul membantu memastikan **availability setiap jenis bilik dikemas kini dengan betul**.

Hari ini, **49.76% pelanggan Softinn menggunakan [PMS yang disambungkan dengan Channel Manager](https://page.mysoftinn.com/en/pms-and-channel-manager-integration)**.

> Belum ada PMS lagi? Gunakan template ini untuk susun dan padankan jenis bilik anda di Agoda, Booking.com, Expedia dan Airbnb sebelum setup Channel Manager.
> 
>  [📥Free Excel Template: PMS & OTA Room Mapping 🡢](https://page.mysoftinn.com/pms-and-ota-room-mapping-excel-template)

## Langkah 4: Utamakan Direct Booking

## ![](https://page.mysoftinn.com/hs-fs/hubfs/infographic-direct-booking-path-png.png?width=624&height=291&name=infographic-direct-booking-path-png.png)

Kalau anda nak kurangkan kebergantungan pada OTA, tengok juga sama ada sistem hotel anda mempunyai **Booking Engine untuk menerima tempahan terus melalui google atau website**.

Antara perkara yang boleh anda semak:

- **Proses booking berlaku terus di website hotel** tanpa membawa tetamu ke platform lain
- **Mudah digunakan melalui telefon**
- Boleh menawarkan **promo code untuk direct booking**
- Boleh connect dengan PMS dan Channel Manager supaya tempahan dan availability sentiasa dikemas kini

Hari ini, **56.94% pelanggan Softinn menerima tempahan terus melalui Softinn Booking Engine**. Daripada jumlah tersebut, **43.52% beroperasi tanpa bergantung kepada OTA**. 

> Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang cara mendapatkan lebih banyak tetamu ke website dan menukarkan mereka kepada direct booking, kami kongsikan konsep **Traffic → Offer → Convert** dalam e-book ini.
> 
>  
> 
> [📥**Free E-book:** Hotel Direct Booking Path E-book](https://page.mysoftinn.com/en/download-the-direct-booking-path-e-book-by-softinn-2026)[🡢](https://page.mysoftinn.com/pms-and-ota-room-mapping-excel-template)

## Langkah 5: Semak Integration yang Hotel Anda Perlukan

Jika vendor memberikan jawapan yang kabur tentang integrasi, jangkakan masalah selepas pembelian.

Sebelum pilih sistem, tengok juga sama ada ia boleh connect dengan sistem lain yang hotel anda sedang gunakan.

Antara integration yang boleh anda semak:

- **OTA** : seperti Agoda, Booking.com, Expedia atau Airbnb
- **Accounting software** : untuk hotel di Malaysia, seperti SQL Accounting, AutoCount atau Bukku
- **Door lock :** Softinn integrate dengan lebih **60 jenama door lock**, termasuk Intego, Orbita, LEVEL dan TTLOCK.
- **Payment gateway** : pastikan pilihan pembayaran yang hotel anda gunakan disokong

## Langkah 6: Lihat Support yang Disediakan

Selain feature dan integration, **support selepas anda mula menggunakan sistem** juga penting.

Hotel beroperasi setiap hari, jadi anda perlu tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika staf menghadapi masalah.

Antara perkara yang boleh ditanya:

- Apakah waktu operasi support team?
- Bagaimana cara untuk menghubungi mereka?
- Adakah **onboarding dan training** disediakan?
- Ada tak video atau guide yang staf boleh rujuk sendiri?

Softinn menyediakan **onboarding, panduan video dan latihan berkumpulan bulanan** tanpa kos tambahan.

## Langkah 7: Bandingkan Jumlah Kos 3 Tahun, Bukan Harga Bulanan

Harga memang penting, tetapi **harga bulanan tidak semestinya menunjukkan jumlah sebenar yang anda akan bayar**.

Sebelum buat keputusan, semak jika terdapat caj tambahan seperti:

- Setup dan data migration
- Training
- Caj bagi setiap booking atau transaction
- Channel Manager atau Booking Engine sebagai add-on
- Integration atau support tambahan

Lihat juga apa yang sudah termasuk dalam pakej supaya lebih mudah untuk anda compare antara satu sistem dengan sistem yang lain.

Sesetengah vendor mengiklankan harga asas yang rendah, kemudian mengenakan caj berasingan untuk fungsi asas. Untuk Softinn, **PMS, Channel Manager dan Booking Engine tersedia dalam sistem yang sama**. 

Semak juga tempoh kontrak dan syarat untuk berhenti menggunakan sistem. Ini penting sekiranya sistem tersebut tidak lagi sesuai dengan keperluan hotel anda.

 

## Sebelum Buat Keputusan, Cuba Sistem Tersebut

Sebelum pilih, cuba lihat bagaimana sistem tersebut digunakan dalam situasi sebenar, bukan berdasarkan senarai feature sahaja.

- **Cuba flow sebenar hotel anda.** Contohnya, minta mereka tunjuk bagaimana satu tempahan diuruskan daripada check-in sehingga pembayaran.
- **Beri staf peluang untuk cuba sendiri.** Mereka yang akan menggunakan sistem setiap hari lebih mudah nampak sama ada flow tersebut praktikal atau tidak.
- **Semak integration dan support.** Pastikan apa yang dijanjikan memang tersedia dan sesuai dengan operasi hotel anda.

**Ada juga beberapa red flags yang boleh anda perhatikan sebelum memilih sistem:**

## ![](https://page.mysoftinn.com/hs-fs/hubfs/infographic-red-green-flags-png.png?width=600&height=456&name=infographic-red-green-flags-png.png)

## Rumusan

Tak semestinya sistem yang mempunyai paling banyak feature adalah yang paling sesuai untuk hotel anda.

Mulakan dengan **cara hotel anda beroperasi sekarang** dan kenal pasti bahagian yang masih banyak dibuat secara manual. Kemudian, lihat sama ada sistem tersebut mudah digunakan oleh staf, boleh connect dengan OTA dan sistem lain yang anda gunakan, serta mempunyai support yang mudah dihubungi.

Sebelum buat keputusan, **cuba sistem tersebut dengan situasi sebenar di hotel anda** dan semak juga jumlah kos keseluruhan, bukan harga bulanan sahaja.

Akhirnya, pilih sistem yang boleh **memudahkan operasi harian dan sesuai dengan keperluan hotel anda**.

## Soalan Lazim (FAQ)

- **Apakah ciri paling penting dalam sistem hotel untuk hotel kecil?** 

    - ***Real-time booking sync*** antara PMS, Channel Manager dan Booking Engine adalah antara yang paling penting. Apabila ketiga-tiga sistem ini connected, tempahan dan availability boleh dikemas kini secara automatik, sekali gus membantu mengurangkan risiko overbooking dan kerja manual.
- Berapa lama masa yang diperlukan untuk mula menggunakan sistem hotel baharu? 
  
    - Kebanyakan sistem berasaskan cloud boleh mula digunakan dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk hotel kecil. Untuk Softinn, product tour mengambil masa kira-kira 30 minit dan onboarding boleh bermula dalam masa sehari menggunakan panduan video yang boleh diikuti sendiri, tanpa perlu menunggu sesi latihan yang dijadualkan.
- Untuk hotel kecil, patut memilih sistem berasaskan cloud atau on-premise? 
  
    - Sistem berasaskan cloud lebih sesuai untuk kebanyakan hotel bebas kerana tidak memerlukan pemasangan hardware sendiri, system update dilakukan secara automatik dan sistem boleh diakses dari pelbagai peranti. Data backup juga biasanya diuruskan oleh penyedia sistem.
- Berapakah kos sistem hotel yang sesuai untuk hotel bebas?
  
    - Hotel kecil biasanya membelanjakan sekitar USD100 - 300 sebulan untuk pakej lengkap yang merangkumi PMS, Channel Manager dan Booking Engine. Softinn ada menyediakan pakej all-in-one system dengan julat harga yang lebih rendah. [**Lihat harga Softinn →**](https://www.mysoftinn.com/pricing)
- Bagaimana saya tahu sama ada sistem tersebut boleh integrate dengan sistem yang hotel saya gunakan?
  
    - Semak dengan penyedia sistem atau rujuk laman web mereka untuk memastikan integration tersedia untuk OTA, accounting software, payment gateway, door lock atau sistem lain yang digunakan oleh hotel anda.

## Baca Juga

- [Hotel PMS Malaysia](https://page.mysoftinn.com/en/hotel-pms-malaysia)
- [Why Account Clerks Need Hotel PMS Integrated with Accounting Software](https://page.mysoftinn.com/en/why-account-clerks-need-hotel-pms-integrated-with-accounting-software)
- [Hotel PMS and Channel Manager](https://page.mysoftinn.com/en/hotel-pms-and-channel-manager)

[![Share on facebook](https://7528309.fs1.hubspotusercontent-na1.net/hub/7528309/hubfs/raw_assets/public/mV0_d-web-default-modules_hubspot/img/facebook-color.png?width=24&name=facebook-color.png)](http://www.facebook.com/share.php?u=https%3A%2F%2Fpage.mysoftinn.com%2Fmy%2Fcara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026%3Futm_medium%3Dsocial%26utm_source%3Dfacebook) [![Share on linkedin](https://7528302.fs1.hubspotusercontent-na1.net/hub/7528302/hubfs/raw_assets/public/mV0_d-web-default-modules_hubspot/img/linkedin-color.png?width=24&name=linkedin-color.png)](http://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fpage.mysoftinn.com%2Fmy%2Fcara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026%3Futm_medium%3Dsocial%26utm_source%3Dlinkedin) [![Share on twitter](https://7528304.fs1.hubspotusercontent-na1.net/hub/7528304/hubfs/raw_assets/public/mV0_d-web-default-modules_hubspot/img/twitter-color.png?width=24&name=twitter-color.png)](https://twitter.com/intent/tweet?original_referer=https%3A%2F%2Fpage.mysoftinn.com%2Fmy%2Fcara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026%3Futm_medium%3Dsocial%26utm_source%3Dtwitter&url=https%3A%2F%2Fpage.mysoftinn.com%2Fmy%2Fcara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026%3Futm_medium%3Dsocial%26utm_source%3Dtwitter&source=tweetbutton&text=) [![Share on pinterest](https://7528311.fs1.hubspotusercontent-na1.net/hub/7528311/hubfs/raw_assets/public/mV0_d-web-default-modules_hubspot/img/pinterest-color.png?width=24&name=pinterest-color.png)](http://pinterest.com/pin/create/button/?url=https%3A%2F%2Fpage.mysoftinn.com%2Fmy%2Fcara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026%3Futm_medium%3Dsocial%26utm_source%3Dpinterest&media=) [![Share on email](https://7528311.fs1.hubspotusercontent-na1.net/hub/7528311/hubfs/raw_assets/public/mV0_d-web-default-modules_hubspot/img/email-color.png?width=24&name=email-color.png)](mailto:?subject=Check%20out%20https%3A%2F%2Fpage.mysoftinn.com%2Fmy%2Fcara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026%3Futm_medium%3Dsocial%26utm_source%3Demail%20&body=Check%20out%20https%3A%2F%2Fpage.mysoftinn.com%2Fmy%2Fcara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026%3Futm_medium%3Dsocial%26utm_source%3Demail)

##### Tags

[Hotel Management](https://page.mysoftinn.com/my/tag/hotel-management) [Hotel PMS](https://page.mysoftinn.com/my/tag/hotel-pms)

![Tai Pei Shi](https://page.mysoftinn.com/hs-fs/hubfs/photo_2025-01-07_20-38-18-1.jpg?width=80&height=80&name=photo_2025-01-07_20-38-18-1.jpg)

##### Tai Pei Shi

Hi, I am Pei Shi. I am a Technopreneurship student and digital marketing intern in Softinn.

#### Stay in the Loop!

Get the latest hotel management insights, tips, and industry updates delivered to your inbox monthly. No spam, just valuable content.

- Monthly expert insights
- Industry trends & best practices
- Exclusive tips & resources

[Subscribe Now](https://page.mysoftinn.com/softinn-blog-subscription) We respect your privacy. Unsubscribe anytime.

#### Comments

##### Recent Posts

[![Had Pengecualian E-Invois Kini RM3 Juta: Apa yang Pengusaha Hotel Perlu Tahu?](https://page.mysoftinn.com/hubfs/Blog%20Banner%202026%20-%20einvoice2.png)](https://page.mysoftinn.com/my/had-pengecualian-e-invois-kini-rm3-juta-apa-yang-pengusaha-hotel-perlu-tahu)

###### [Had Pengecualian E-Invois Kini RM3 Juta: Apa yang Pengusaha Hotel Perlu Tahu?](https://page.mysoftinn.com/my/had-pengecualian-e-invois-kini-rm3-juta-apa-yang-pengusaha-hotel-perlu-tahu)

[![Cara Memilih Sistem Pengurusan Hotel sesuai untuk Hotel Bajet 2026](https://page.mysoftinn.com/hubfs/blog-bajet.png)](https://page.mysoftinn.com/my/cara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026)

###### [Cara Memilih Sistem Pengurusan Hotel sesuai untuk Hotel Bajet 2026](https://page.mysoftinn.com/my/cara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026)

[![8 Perusahaan Hotel Management Terbaik di Indonesia](https://page.mysoftinn.com/hubfs/header%20new.png)](https://page.mysoftinn.com/my/perusahaan-hotel-management-terbaik-di-indonesia)

###### [8 Perusahaan Hotel Management Terbaik di Indonesia](https://page.mysoftinn.com/my/perusahaan-hotel-management-terbaik-di-indonesia)

[![Fi Kelesetarian Negeri Selangor: Panduan untuk Hotel & Pengurus Penginapan](https://page.mysoftinn.com/hubfs/prev.png)](https://page.mysoftinn.com/my/fi-kelestarian-negeri-selangor)

###### [Fi Kelesetarian Negeri Selangor: Panduan untuk Hotel & Pengurus Penginapan](https://page.mysoftinn.com/my/fi-kelestarian-negeri-selangor)

[![Jenis-jenis Sistem Front Office Hotel](https://page.mysoftinn.com/hubfs/Featured%20Image%20%281%29.png)](https://page.mysoftinn.com/my/jenis-jenis-sistem-front-office-hotel)

###### [Jenis-jenis Sistem Front Office Hotel](https://page.mysoftinn.com/my/jenis-jenis-sistem-front-office-hotel)

# Get Your Free Trial Now!

[Start Trial](https://page.mysoftinn.com/softinn-signup-form)

 No credit card required

#### Products

[Property Management System](https://www.mysoftinn.com/hotel-pms-front-desk-system) [Hotel Channel Manager](https://www.mysoftinn.com/hotel-channel-manager) [Booking Engine](https://www.mysoftinn.com/hotel-booking-engine) [AI](https://www.mysoftinn.com/ai) [Hotel Website CMS](https://www.mysoftinn.com/hotel-website-cms) [Hotel Kiosk](https://www.mysoftinn.com/hotel-kiosk) [Softinn API](https://api.mysoftinn.com/swagger/ui/index) [Pricing & Plan](https://www.mysoftinn.com/pricing)

#### Segments

[Independent Boutique Hotel](https://www.mysoftinn.com/boutique-hotel-management-system) [Resort & Villa](https://www.mysoftinn.com/resort-management-system) [Hotel Chains](https://www.mysoftinn.com/hotel-chain-management-system) [Short-Term Vacation Rental](https://www.mysoftinn.com/airbnb-management-software) [Campsite](https://www.mysoftinn.com/campsite-management-system) [Airport Hotel](https://www.mysoftinn.com/airport-hotel-management-system) [Customer Success Stories](https://www.mysoftinn.com/hotel-clients)

#### Resources

[Knowledge Base](https://blog.mysoftinn.com) [Blog and Articles](https://page.mysoftinn.com/en) [Product Update](https://blog.mysoftinn.com/category/product-updates/) [Product Training](https://page.mysoftinn.com/softinn-product-training-session) [Partner & Integration](https://www.mysoftinn.com/integrations)

#### Company

[About Softinn](https://www.mysoftinn.com/about-us) [Contact Us](https://www.mysoftinn.com/contact-us) [Careers](https://page.mysoftinn.com/careers) [Press Kit](https://page.mysoftinn.com/hubfs/Softinn%20Press%20Kit%202025.pdf)

[Terms & Services](https://page.mysoftinn.com/terms-of-service)|[Privacy Policy](https://page.mysoftinn.com/privacy-policy)

 Softinn builds the next-generation hotel management system for hotels in Southeast Asia.

[![Facebook Logo](https://page.mysoftinn.com/hubfs/raw_assets/public/softinn-metronic-theme/images/logo/social-media/facebook-footer.png)](https://www.facebook.com/mySoftinn) [![Linkedin Logo](https://page.mysoftinn.com/hubfs/raw_assets/public/softinn-metronic-theme/images/logo/social-media/linkedin-footer.png)](https://www.linkedin.com/company/softinn) [![Twitter Logo](https://page.mysoftinn.com/hubfs/raw_assets/public/softinn-metronic-theme/images/logo/social-media/twitter-footer.png)](https://x.com/mysoftinn) [![Youtube Logo](https://page.mysoftinn.com/hubfs/raw_assets/public/softinn-metronic-theme/images/logo/social-media/youtube-2.svg)](https://www.youtube.com/c/Softinn) [![Instagram Logo](https://page.mysoftinn.com/hubfs/raw_assets/public/softinn-metronic-theme/images/logo/social-media/instagram-logo.svg)](https://www.instagram.com/mysoftinn/)

---

 © 2013-2026 Softinn Solutions Sdn. Bhd. 201201044886 (1029363-M). TIN: C-23412633070. SST No: M10-2208-32100003. All rights reserved.   
 Made with ♥ in Malacca, Malaysia.

![Softinn Logo](https://page.mysoftinn.com/hubfs/raw_assets/public/softinn-metronic-theme/images/logo/softinn-logo/softinn-logo-main-with-mascot.svg)

```json
{
  "@context" : "https://schema.org",
  "@type" : "BlogPosting",
  "author" : {
    "@type" : "Person",
    "name" : "Tai Pei Shi",
    "url" : "https://page.mysoftinn.com/my/author/pei-shi"
  },
  "dateModified" : "2026-10-01T08:37:40.678Z",
  "datePublished" : "2026-07-17T06:47:15.000Z",
  "headline" : "Cara Memilih Sistem Pengurusan Hotel sesuai untuk Hotel Bajet 2026",
  "image" : [ "https://page.mysoftinn.com/hubfs/blog-bajet.png" ],
  "mainEntityOfPage" : {
    "@id" : "https://page.mysoftinn.com/my/cara-memilih-sistem-pengurusan-hotel-untuk-hotel-bajet-2026",
    "@type" : "WebPage"
  },
  "publisher" : {
    "@type" : "Organization",
    "logo" : {
      "@type" : "ImageObject",
      "url" : "https://page.mysoftinn.com/hubfs/230813-softinn-block-green.png"
    },
    "name" : "Softinn Solutions Sdn. Bhd."
  }
}
```