Content marketing dianggap sebagai digital pemasaran terbaik dan banyak digunapakai oleh kebanyakan perniagaan pada masa kini.
Ianya bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan mahupun produk dan servis, dalam masa yang sama untuk mendorong serta menarik minat kumpulan sasaran untuk menjadi pelanggan.
Untuk menarik minat seseorang, anda perlu memberikan persembahan yang menarik mengenai homestay tersebut. Bukan sahaja dari segi gambar, malah isi kandungan serta penceritaan mengenai homestay itu perlulah jelas, padat dan mampu mendorong pembaca untuk membuat tempahan.
Dengan menyediakan content marketing untuk homestay, bermaksud anda juga membuka ruang baru untuk mendapatkan pelanggan melalui:
1) Search engine
Bayangkan ada yang sedang bercadang untuk menempah homestay di Melaka, dan melalui pencarian di Google, orang tersebut memulakan pencarian dengan menggunakan kata kunci seperti "Homestay di Melaka yang ada swimming pool".
Dengan mengoptimumkan penggunaan kata kunci, homestay anda mungkin akan tersenarai di halaman pertama Google!
2) Media sosial
Zaman viral, lebih menarik content, lebih ramai yang akan berkongsi tentang hal tersebut. Anda juga tidak boleh ketinggalan untuk menggunakan media sosial sebagai platform utama untuk memasarkan homestay anda. Sekali lagi, content marketing memainkan peranan utama untuk mendapatkan perkongsian yang banyak!
Terdapat satu lagi tips rahsia yang boleh anda gunakan iaitu HASHTAG! Hashtag ini sangat berfungsi di laman sosial. Adakalanya pencarian yang dibuat melalui media sosial adalah dengan menggunkan hashtag. Seperti contoh, jika homestay anda terletak di Ayer Keroh, Melaka, cuba gunakan hashtag seperti #HomestayMelaka #HomestayAyerKeroh
3) Laman web
Tidak kira sama ada laman web milik agensi atau laman web homestay anda sendiri, tanpa content marketing yang menarik, pastinya tidak ada yang tertarik untuk menempah.
Jika anda mengiklankan homestay anda di laman web milik syarikat lain seperti Airbnb, Mudah.my pastinya banyak saingan dan anda perlu bersaing dengan homestay-homestay yang lain. Jadi, apa yang perlu dilakukan bagi menarik minat pelanggan supaya membuat tempahan di homestay anda?
Jom lihat ciri-ciri content marketing yang baik yang mampu memberi nilai tambah seterusnya membantu perniagaan homestay anda!
Baca juga: 8 Tip Untuk Meningkatkan Booking Homestay