Hotel Management

Fi Kelesetarian Negeri Selangor: Panduan untuk Hotel & Pengurus Penginapan

Bermula 1 Januari 2026, Negeri Selangor akan memperkenalkan fi kelestarian ke atas semua penginapan berlesen. Tujuannya adalah untuk menyokong pelancongan mampan, pemuliharaan alam sekitar, dan pembangunan infrastruktur pelancongan.

Apakah fungsi Fi Kelestarian?

Fi kelestarian adalah bayaran yang dikutip daripada tetamu penginapan dan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan atau agensi yang ditetapkan. Dana ini digunakan untuk:

  • Memelihara alam sekitar dan kawasan pelancongan.

  • Menyokong projek pembangunan mampan.

  • Menjaga warisan dan budaya tempatan.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengesahkan fi ini, dan ia akan bermula secara rasmi 1 Januari 2026.

 

Berapa kadar bayaran?

Jadual di bawah menunjukkan kadar Fi Kelestarian yang dirancang mengikut klasifikasi penginapan. Pelaksanaan kadar ini akan memastikan sumbangan yang adil bagi pelancongan mampan, pemuliharaan alam sekitar, dan pemeliharaan warisan tempatan.

LESTARI FEE2

 

Siapa Yang Dikenakan Fi Kelestarian?

Pelancong tempatan dan antarabangsa yang menginap di premis penginapan berlesen di Selangor akan dikenakan Fi Kelestarian. Caj ini perlu dibayar semasa daftar masuk atau semasa pembayaran penginapan.


Bagaimana Fi Dikutip oleh Pusat Penginapan?

 

1. Tempahan Walk-in (Kaunter Hotel / Kiosk):

  • Pengusaha premis penginapan perlu menyatakan Fi Kelestarian dalam resit tempahan bilik.
  • Resit tersebut diserahkan kepada tetamu semasa daftar masuk

2. Tempahan Online (Melalui OTA / Sistem Dalam Talian):

  • Bayaran Fi Kelestarian perlu dibuat oleh tetamu di kaunter hotel semasa daftar masuk.
  • Pengusaha premis penginapan perlu mengeluarkan resit berasingan untuk bayaran Fi Kelestarian.

3. Deposit ke PBT:

  • Kutipan Fi Kelestarian perlu didepositkan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Kumpulan Wang PBT mengikut kawasan pentadbiran.
  • Deposit perlu dibuat selewat-lewatnya pada hari ke-10 bulan berikutnya, berserta Laporan Penyata Kutipan Fi Kelestarian Negeri Selangor.

 

Panduan untuk Hotelier


1. Adakah OTA (Booking.com / Agoda dsb.) akan kutip Fi Lestari?

  • Ia bergantung kepada terma dan syarat setiap platform tempahan.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggalakkan supaya Fi Lestari dikutip di kaunter hotel semasa tetamu mendaftar masuk.

 

2. Adakah hotel perlu mendapat sijil sebelum boleh mengutip yuran ini?

  • Ya, Sijil ini memastikan yuran yang dicaj adalah sah, rasmi, dan mengikut kadar yang telah ditetapkan berdasarkan jenis penginapan.

 

3.  Cara memohon Sijil Perakuan Kebenaran Kutipan FI Kelesetarian

Untuk memohon sijil ini, hotel perlu:

  1. Pergi ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab bagi kawasan hotel beroperasi.
  2. Bawa dokumen yang diperlukan:
    • Lesen PBT
    • Lesen MOTAC (jika ada)
  3. Mohon sijil di kaunter PBT. Pihak PBT akan menetapkan kadar fi yang perlu dikenakan berdasarkan jenis premis penginapan.

 

Note :

  • Sijil biasanya akan dikeluarkan pada hari yang sama dan diserahkan terus oleh PBT.
  • Paparkan sijil di kaunter hotel, supaya tetamu boleh lihat Fi yang dicaj adalah rasmi dan sah.

 

4. Bagaimana kiosk mengendalikan Fi Lestari?

Jika hotel mempunyai kiosk daftar masuk sendiri, hotel perlu mengemas kini tetapan cukai (tax setup) di dalam PMS supaya:

  • Bagi tetamu walk-in, Fi Lestari akan ditambah secara automatik ke dalam bil semasa daftar masuk.
  • Sistem akan memaparkan mesej atau peringatan bahawa Fi Lestari telah dikenakan.
  • Resit akan dicetak dengan pecahan Fi Lestari yang dinyatakan dengan jelas.

Bagi tetamu yang telah membuat bayaran secara dalam talian (contohnya melalui OTA), Yuran Lestari tidak termasuk dalam bayaran tersebut. Oleh itu, tetamu perlu membuat bayaran di kaunter hotel semasa check-in. Hotel disarankan untuk mengeluarkan resit berasingan bagi bayaran Fi Kelestarian ini.

 

Kesimpulan

Fi kelestarian Selangor adalah langkah proaktif kerajaan negeri untuk memastikan pelancongan mampan dan alam sekitar terjaga. Ia bermula 1 Januari 2026, dan melibatkan semua penginapan berlesen.

Sebagai pemilik penginapan, pastikan anda bersedia untuk mengurus kutipan fi dengan betul. Sebagai pelancong, fahami bahawa bayaran ini menyokong pelancongan yang lebih lestari dan pengalaman yang lebih baik.

 

Hafizah
Hafizah

Hi! I’m Fizah, and I work in Digital Marketing at Softinn, helping hotels and homestays stay updated with all the latest industry tips, tools, and best practices.