Menyenaraikan Homestay di Google Map

Menyenaraikan homestay di Google Map merupakan salah satu cara untuk memaklum pihak Google bahawa kita menawarkan perkhidmatan penginapan di sesetengah tempat atau daerah bergantung kepada tempat yang dicari oleh pengguna Google.

Ciri ini bukan sahaja memanfaatkan pengguna Google untuk mendapatkan maklumat tentang kedudukan homestay malah secara tidak langsung ia juga dapat mempromosikan homestay kita kepada orang ramai.  

Kenapa senarai homestay di Google Map penting untuk bisnes?

  • Mudah dicari dan sampai kepada sasaran pasaran kita.
  • Membolehkan pelanggan kita mengetahui tempat tarikan di sekitar homestay kita.
  • Membina kepercayaan (trust) terhadap homestay kita.
  • Meningkatkan *brand visibility* homestay kita.
  • Mengelakkan informasi yang salah mengenai homestay kita.
  • Kaedah promosi yang tidak melibatkan sebarang kos.
  • Pengoptimuman enjin carian (SEO).

Cara menyenarai homestay di Google Map

Langkah 1: Layari laman web Google Map.

Langkah 2: Cari tempat atau daerah yang berdekatan dengan kedudukan homestay atau hotel kita.

1


Langkah 3: Klik di kanan tetikus (Right click) pada peta dan klik pada “Add a missing place”.

2


Langkah 4
Isikan nama dan alamat homestay kita ke dalam ruang yang disediakan.

Pastikan ruangan bandar, negeri dan Zip Code (jika perlu) diisi. Kita juga perlu isi kategori, nombor telefon, laman web dan waktu operasi perniagaan (jika ada).

3

Peringatan: Lebih banyak  maklumat yang tepat diberikan mengenai homestay kita, lebih cepat pihak Google akan mengesahkan kewujudan homestay kita.

Langkah 5: Hantar maklumat dengan menekan butang “Submit”.

4

Pihak Google akan ambil masa selama 1 hingga 2 minggu untuk mengesahkan permohonan kita sebelum ia paparkan. Kita akan menerima E-mel sama ada permohonan anda berjaya atau tidak dalam masa 2 minggu.

Selepas masukkan homestay di Google Map, apa yang kita boleh buat?

Selepas berjaya memohon untuk memaparkan homestay kita di Google Map, kita boleh mengawal maklumat yang ingin dipaparkan dengan menuntut bisnes kita (Claim your business). Oleh sebab Google membenarkan mana-mana pihak untuk mencadangkan sebarang perubahan pada maklumat homestay kita di Google Map, sesetengah pihak mungkin tersilap mengubah atau mengisi maklumat homestay kita.

Justeru itu, jika kita menuntut bisnis kita di Google Business. Kita berhak mengawal maklumat homestay kita agar maklumat homestay kita sentiasa tepat dan jelas.

Cara tuntut bisnis di Google

Langkah 1:  Layari laman web Google Map dan cari nama homestay anda. Kemudian klik pada "Claim this business".

Rania Homestay 1

Langkah 2: Isikan maklumat yang diperlukan serta sahkan maklumat yang diberikan adalah betul.

Rania Homestay 2

Langkah 3: Pilih cara untuk mengesahkan bisnes itu adalah pemilikan kita.

Picture1-1

Sesetengah pengusaha homestay mungkin tidak dapat disahkan melalui Call ataupun Text. Ini adalah disebabkan pengusaha tidak memasukkan nombor telefon semasa process Menyenaraikan homestay di Google Map.

Justeru itu, kita boleh memilih pilihan postcard by mail.

Sila pastikan alamat yang diberikan adalah betul dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk sampai kepada kita.

Rania Homestay 4

Tahniah!

Kini, kita boleh mula menguruskan maklumat perniagaan homestay kita di Google.

Sila rujuk kepada Panduan Pengurusan Maklumat di Google Business.

Kepada pengusaha yang memilih pilihan *Postcard by Mail*, selepas menerima poskad daripada Google, layari laman web, Google Business dan log masuk dengan menggunakan akaun Gmail. Kemudian, mengesahkan alamat homestay menggunakan kod yang telah diberikan dalam poskad yang telah diterima.

Panduan Pengurusan Maklumat di Google Business

Rania Homestay 3

 

Ciri- ciri

Penerangan

 Home

  •  Maklumat yang ringkas tentang homestay kita.

Posts

  • Untuk meningkatkan penempahan homestay kita, Kita boleh buat post (Create post) yang berkaitan dengan promosi jualan yang kita adakan.

Info

  • Segala maklumat tentang homestay kita seperti alamat, waktu pembukaan, nombor telefon, laman web dan sebagainya.

Insights

  • Merupakan bagaimana cara pelanggan mendapati homestay kita dan tindakan yang diambil selepas mendapati kita. Contohnya, seseorang itu melayari laman web kita.

Reviews

  • Bahagian yang ditulis yang pelanggan kita selepas daftar keluar dari homestay kita. Menggalakkan komunikasi secara dua hala.
  • Kita juga boleh mengawal reviews yang tidak betul.  

Photos

  • Gambar yang akan dipamerkan kepada pelawat laman web apabila mereka cari homestay kita di Google.
  • Gambar boleh dimuat naikkan oleh kita ataupun pelanggan kita.

Website

  • Membina laman web kita dengan menggunakan format yang tersedia oleh pihak Google.
  • Ataupun boleh merujuk kepada Top 10 Blogspot Templates For Homestay sebagai panduan semasa membina laman web.

Users

  • Menambah pengguna untuk menguruskan homestay kita.

Create an ad

  • Mencipta iklan untuk homestay kita. (caj akan dikenakan)

Add new location

  • Digunakan apabila kita mempunyai lebih daripada sebuah homestay.

Manage location

  • Pengurusan lokasi homestay yang lain.

 

You're reading a blog compiled by Softinn. We're a hotel-technology company with the mission to make hotelier work easier. Do subscribe if you enjoy reading our blog or you may interact with us on our Facebook Page.

Products that make it easier to run a hotel

Get Monthly Updates

We won't spam your inbox. We promise to send a curated list of posts to your inbox once a month, nothing more.

Subscribe Now
COMMENTS