Softinn Blog dalam Bahasa Malaysia

Panduan Mencipta Facebook Page Untuk Bisnes Homestay Anda

Written by Badriah | Oct 1, 2019 8:04:40 AM

Facebook Page Untuk Bisnes Homestay 

Jika anda mempunyai bisnes homestay tetapi tidak mempunyai Facebook page untuk mempromosikan bisnes homestay anda, kami cadangkan anda untuk fikir semula. 

 

Salah satu sebab anda patut membuat Facebook page untuk bisnes anda adalah kerana Facebook page tiada fan limit, tidak seperti akaun Facebook persendirian yang mengehadkan sehingga 5000 fan sahaja. 

 

Bukan itu sahaja, dengan mempunyai Facebook page untuk bisnes homestay anda, anda boleh memasukkan sistem tempahan (booking engine) supaya pelanggan boleh terus menempah homestay melalui Facebook page anda (walaupun semasa anda tidur!) 

 

Bagaimana Untuk Membuat Facebook Page 

Login Facebook akaun anda dan klik Create Page

 

Pilih Bisnes Atau Brand

 

Isikan maklumat homestay 

Pilih kategory Bed & Breakfast 

 

Muatnaik gambar profil dan cover photo 

 

Klik pada Page Tips dan masukkan username homestay anda 

 

Tahniah! Anda telah berjaya mencipta Facebook page untuk bisnes homestay anda 

 

Pastikan anda sentiasa mengemaskini Facebook page anda dengan isian terkini tentang homestay anda. Jalankan promosi dari semasa ke semasa untuk menarik lebih pelanggan kepada page anda. 

 

Baca juga: 8 Tip Untuk Meningkatkan Booking Homestay