Peta Homestay

Peta Homestay      

Peta merupakan alat penting untuk setiap orang semasa mereka berkunjung ke tempat yang tidak pernah melawat. Selalunya, pelancong atau potensi pelanggan akan mengguna peta untuk mencari tempat lokasi homestay anda. Ia juga merupakan salah satu cara meningkatkan booking homestay.

Kenapa Peta Homestay penting untuk promosi bisnes homestay?

  1. Tempat yang tepat

Homestay yang menyediakan peta untuk pelancong telah menjimatkan masa mereka daripada carian buta. Peta membolehkan pelancong mengetahui lokasi homestay dengan tepat. Pelancong boleh mendapat lokasi homestay lebih cepat jika ia dicatat jelas dalam peta.

Sebagai rujukan, Peta Google mempunyai lebih satu billion pengguna dan juga terdapat 1,162,460 laman web menggunakan Peta Google. Ini telah membuktikan kepentingan peta semasa kini.   

  1. Tempat tarikan di sekitar

Peta kita harus rekod tempat tarikan yang terdapat di sekitar homestay. Semasa pelancong membaca peta homestay kita, mereka akan diketahui lebih banyak tempat tarik yang mereka mungkin minati. Dengan menandakan bangunan penting yang terdapat di sekitar, ia dapat menjimat masa pelancong. Masalah pelancong menimbang mana-mana tempat telah diselesaikan, mereka akan lebih minat dengan perkhidmatan homestay anda. Maka, bisnes homestay kita dapat dipromosi.

Contohnya, jika homestay kita berlokasi di pusat bandar, kita boleh mengiklankan homestay kita dengan pengangkutan yang mudah dan juga terdapat pusat membeli-belah di sekitar homestay kita. Dengan ini, pelancong akan lebih minat dengan homestay kita.

  1. Tahap keselamatan dinaikkan

Peta homestay telah mengandungi catatan bangunan penting di sekitar. Ini telah memudahkan pelancong supaya lebih kenal dengan persekitaran tempat tersebut. Jika menghadapi masalah kecemasan, pelancong akan tahu lokasi yang tepat untuk meminta tolong. Dengan ini, tahap keselamatan pelancong dinaikkan.   

  1. Lebih menarik

Homestay yang mempunyai peta akan menjimatkan masa pelancong untuk membuat keputusan antara homestay lain. Berbanding dengan homestay yang tidak menyediakan peta, pelancong lebih berminat dengan homestay yang memberitahu mereka lokasi tepat. Ini disebabkan mereka tidak perlu fikir atau membayang persekitaran lokasi homestay kita.

 

Ciri-ciri peta homestay yang menarik

  • Mudah difahami

Peta homestay kita tidak harus ditanda dengan terlalu behati-hati. Maka, peta homestay kita haruslah mudah difahami oleh sesiapa yang sedang membaca, jika tidak , usaha kita untuk menyediakan peta akan membazir.

  • Berwarna-warni

Peta yang berwarna-warni lebih mudah untuk kita mendapatkan perhatian pelancong. Mereka akan tertarik dengan warna yang digunakan dalam peta. Contohnya, kita boleh membezakan jalan dan sungai dengan menggunakan warna hitam dan biru. Secara tidak langsung, ia nya dapat mengurangkan kesilapan semasa membaca peta.

  • Ikon yang jelas

Ikon yang jelas mudah untuk dicari. Contohnya, kita boleh menambahkan ikon stesen minyak ataupun ikon restoran dalam peta untuk memberitahu pelancong kemudahan yang terdapat di tempat mereka. Kita tidak perlu sentiasa menerangkan dengan perkataan. Pelancong kita juga tidak akan berasa bosan semasa mereka membaca peta homestay kita.

  • Terangkan anggaran jarak

Kita harus menyatakan anggaran jarak antara dua tempat supaya pelancong dapat anggarkan masa ketibaan.

  • Titik Minat

Dalam peta homestay, kita boleh menambahkan beberapa titik minat supaya dapat menarik pelancong kita dan juga merupakan penjelasan yang lebih jelas untuk mereka.  

Contohnya,

      1. Restoran yang berhampiran
      2. Tempat yang dapat gambar yang cantik
      3. Masjid

 

Sampel inspirasi peta yang menarik

Terdapat beberapa contoh peta yang menarik dari pelbagai tempat.

Peta Melaka

honey-villa-map-new

Sumber Gambar

IMG_9076

Sumber Gambar

 

Peta Homestay Penang

MAP-HOMESTAY

Sumber Gambar

 

Peta Japan

access_map_l

Sumber Gambar

1352038028-3992762797

Sumber Gambar

 

Peta Taiwan

map

Sumber Gambar

4919677_salrze5_l

Sumber Gambar

Dari pelbagai sampel peta di atas, kita notis bahawa:

  • Semua peta berwarna-warni, pelancong tidak akan bosan semasa membaca.
  • Tempat lokasi telah ditanda dengan menggunakan lebih banyak watak atau kartun daripada perkataan.
  • Kebanyakan peta mempunyai nota kecil untuk menjelas maksud setiap ikon.
  • Setiap peta telah dinyatakan dengan teliti.
  • Tempat untuk kecemasan telah ditanda.

 

Cara reka bentuk peta homestay anda

Terdapat pelbagai cara untuk reka bentuk peta homestay kita. Walau bagaimanapun, terdapat satu cara yang mudah sekali, iaitu menggunakan Google Drawing untuk reka bentuk peta.

Google Drawing pada Google Drive disyorkan oleh sebab:

      • Ia tidak perlu menyimpan gambar atau ikon ke dalam komputer kita.
      • Segala lukisan yang dibuat di dalam Google Drawing akan disimpan secara automatik.
      • Ia boleh dimuat turun ke format yang berbeza. ( .jpg, .pdf, .png, .svg)
      • Ia sangat mudah diguna.

Langkah untuk reka bentuk peta homestay anda dengan Google Drawing >>>

 

Cara yang digunakan supaya dapat tempat yang menarik di sekitar homestay 

Google Map

Google Map merupakan alat yang paling mudah untuk kita mencari tempat yang menarik di sekitar homestay. Kita hanya perlu memasukkan lokasi kita lalu menekankan butang “berdekatan” . Masukkan apa jenis yang ingin kita cari dan ia akan senaraikan semua tempat yang berkaitan. Dengan cara ini, kita dapat maklumat dengan cepat sekali.

Peta google - Berdekatan

 

Tanya kawan

Jika hendak mendapat maklumat yang lebih banyak, kita juga boleh tanya kawan kita. Ini disebabkan bukan semua kedai akan rekod di dalam Google Map. Jadi, bertanya kawan yang di sekitar juga merupakan salah satu cara yang bagus.


Instagram

Sekarang ini, Instagram digunakan secara meluas. Ramai orang menggunakan Instagram untuk memuat naik gambar dan juga menandakan lokasi mereka. Banyak pemilik juga promosi bisnes mereka melalui Instagram. Oleh sebab itu, Instagram juga merupakan salah satu sumber untuk kita mencari tempat yang menarik. Dengan memasukkan maklumat seperti “batu berendam restoran” di tempat carian, ia akan senarai beberapa tempat untuk kita memilih.

Instagram carian


Facebook

Facebook merupakan laman rangkaian sosial peringkat yang pertama. Semasa kita melaman Facebook, kita akan menjumpai banyak halaman yang promosi tempat menarik di satu tempat. Halaman itu akan mengemaskinikan tempat yang baru. Kita akan diberitahu mana satu tempat yang baru dan memperkenalkannya kepada pelancong kita.

Facebook - carian

 

YouTube

YouTube merupakan laman rangkaian sosial peringkat yang kedua. YouTube merupakan satu platform yang membolehkan orang ramai memuat naik video sendiri. Orang ramai akan memuat naik video (vlog) mereka semasa berkunjung ke tempat lain. Ini juga salah satu sumber maklumat untuk kita rujukan.

YouTube - carian vlog

 

Tempat yang boleh tambah ke dalam peta

  • Tempat yang menyenangkan hati
      1. Kafe
      2. Restoran
      3. Taman Permainan
      4. Tarikan Pelancong
      5. Shopping Plaza
      6. Mini Market
  • Tempat untuk kecemasan
      1. Balai Polis
      2. Hospital
      3. Klinik
      4. Stesen Minyak

Perkara penting untuk diperhatikan semasa reka bentuk peta

    1. Pastikan keteraturan. 
    2. Peta yang terlalu rumit akan kurangkan kadar bacaan.
    3. Pastikan peta ditanda dengan tempat yang senang dikenal oleh pelancong.
    4. Elakkan mengguna kertas yang  semasa mencetak.

 

Langkah untuk reka bentuk peta homestay anda dengan Google Drawing >>>

You're reading a blog compiled by Softinn. We're a hotel-technology company with the mission to make hotelier work easier. Do subscribe if you enjoy reading our blog or you may interact with us on our Facebook Page.

Products that make it easier to run a hotel

Get Monthly Updates

We won't spam your inbox. We promise to send a curated list of posts to your inbox once a month, nothing more.

Subscribe Now
COMMENTS