Selepas mengetahui kepentingan laman web homestay kepada homestay bisnis, wujud pula persoalan tentang bagaimana kita harus lakukan untuk mempunyai laman web homestay yang menarik dan tersendiri?
Sabar! Jangan panik. Marilah kita mengikuti cara- cara berikut:
-
Bina laman web
Bagi meningkatkan kredibiliti homestay kita, kita boleh membina laman web dengan servis percuma seperti blogspot.com. Sertakan maklumat yang tepat dan padat dengan info kepada orang ramai. Sebagai contohnya:

- Latar belakang homestay
- Gambar- gambar homestay
- Kemudahan di sekitar atau tempat yang menarik di sekitar homestay
- Peta lokasi
- Sistem penempahan (jika ada)
Bagi memastikan blogpost dapat menarik perhatian orang ramai, kita boleh rujuk kepada Top 10 Blogspot Templates For Homestay dan terterakan di blogspost.
-
Daftar di Google Business
Selepas memiliki website, daftarkan homestay kita di Google Business. Salah satu kebaikan apabila kita buat pendaftaran bisnes di Google ialah homestay kita akan muncul di Google termasuklah Google Map. Rujuk kepada artikel, Cara untuk Memaparkan Homestay atau Hotel Anda di Google bagi mendapatkan maklumat yang selanjutnya.
-
Iklankan Homestay di media sosial.
Selain memiliki laman web, kita juga boleh menyambungkan dengan media sosial yang sesuai seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Pinterest. Semua laman media sosial ini adalah percuma. Akan tetapi, kita haruslah sentiasa mengemas kini laman web agar para tetamu mengetahui perkembangan terbaru mengenai homestay termasuk promosi terkini yang ditawarkan.
Sebagai contoh, jika kita mengiklankan homestay kita di Facebook, kita boleh lampirkan laman web URL serta letakkan butang action (call-to-action button) seperti “Book Now” yang meyambungkan pelawat ke sistem penempahan homestay kita. Secara tidak langsung, ini akan memudahkan kita sebagai pemilik homestay dan pelanggan homestay kita kerana rata-rata pengguna masa kini lebih suka dengan sistem “Self- booking”.

-
Gunakan fungsi group di Facebook.
Buat carian di Facebook group homestay. Masuk group tersebut dan mulakan sesi promosi. Kadang kala, terdapat juga pengguna Facebook yang ingin mencari homestay, mereka akan memaparkan keinginan homestay mereka. Secara tidak langsung, ini akan mendatangkan rezeki kepada kita.

-
Perkongsian maklumat
Kongsi maklumat dengan sebanyak mungkin tentang apa yang pelanggan inginkan. Sebagai contoh, jika homestay kita sering disasarkan oleh keluarga, maka kongsikan maklumat seperti tempat- tempat menarik untuk menjalankan aktiviti keluarga, restoran- restoran yang mesti dicuba dan sebagainya. Secara tidak langsung, pelanggan akan berasa lebih informatif dan akan mempertimbangkan homestay anda untuk didiami.
Softinn Author
Meet Softinn mascot, the friendly face behind our stories! Always curious and a little mischievous, they love sharing tips, insights, and a sprinkle of fun with every post. When not helping our readers, you’ll find them exploring new ideas, dreaming up adventures, and making sure our brand stays lively and approachable.
Stay in the Loop!
Get the latest hotel management insights, tips, and industry updates delivered to your inbox monthly. No spam, just valuable content.
- Monthly expert insights
- Industry trends & best practices
- Exclusive tips & resources
Comments
Recent Posts
Fi Kelesetarian Negeri Selangor: Panduan untuk Hotel & Pengurus Penginapan
Jenis-jenis Sistem Front Office Hotel
Panduan FAQ Pajak Hotel: Memahami Pajak Hotel di Indonesia
Malaysia SST 8% pada 2024 – Pandangan untuk Pengusaha Hotel
Malaysia E-Invois: Apa yang Perlu Diketahui oleh Pengusaha Hotel