Content marketing dianggap sebagai digital pemasaran terbaik dan banyak digunapakai oleh kebanyakan perniagaan pada masa kini. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan mahupun produk dan servis menerusi platform digital, dalam masa yang sama untuk mendorong serta menarik minat kumpulan sasaran untuk menjadi pelanggan.
Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif, terutama dalam industri pelancongan, content marketing telah menjadi salah satu strategi terpenting untuk menarik dan mengekalkan pelanggan. Bagi pemilik homestay, memahami dan melaksanakan content marketing yang berkesan adalah kunci untuk menonjol dalam pasaran yang sesak.
Kelebihan Content Marketing untuk Homestay
Untuk menarik minat seseorang, anda perlu memberikan persembahan yang menarik mengenai homestay tersebut. Bukan sahaja dari segi gambar, malah isi kandungan serta penceritaan mengenai homestay itu perlulah jelas, padat dan mampu mendorong pembaca untuk membuat tempahan.
Dengan menyediakan content marketing untuk homestay, bermaksud anda juga membuka ruang baru untuk mendapatkan pelanggan melalui:
1) Meningkatkan Visibiliti di Search Engine
Bayangkan ada yang sedang bercadang untuk menempah homestay di Melaka, dan melalui pencarian di Google, orang tersebut memulakan pencarian dengan menggunakan kata kunci seperti "Homestay di Melaka yang ada swimming pool".
Dengan mengoptimumkan penggunaan kata kunci, homestay anda mungkin akan tersenarai di halaman pertama Google!
2) Menggunakan Media sosial untuk Pemasaran
Zaman viral, lebih menarik content, lebih ramai yang akan berkongsi tentang hal tersebut. Anda juga tidak boleh ketinggalan untuk menggunakan media sosial seperti Instagram, TikTok, Facebook sebagai platform utama untuk memasarkan homestay anda. Sekali lagi, content marketing memainkan peranan utama untuk mendapatkan perkongsian yang banyak!
Terdapat satu lagi tips rahsia yang boleh anda gunakan iaitu HASHTAG! Hashtag ini sangat berfungsi di laman sosial. Adakalanya pencarian yang dibuat melalui media sosial adalah dengan menggunkan hashtag. Seperti contoh, jika homestay anda terletak di Ayer Keroh, Melaka, cuba gunakan hashtag seperti #HomestayMelaka #HomestayAyerKeroh
3) Laman web
Tidak kira sama ada laman web milik agensi atau laman web homestay anda sendiri, tanpa content marketing yang menarik, pastinya tidak ada yang tertarik untuk menempah.
Jika anda mengiklankan homestay anda di laman web milik syarikat lain seperti Airbnb, LetsGoHoliday pastinya banyak saingan dan anda perlu bersaing dengan homestay-homestay yang lain. Jadi, apa yang perlu dilakukan bagi menarik minat pelanggan supaya membuat tempahan di homestay anda?
Jom lihat ciri-ciri content marketing yang baik yang mampu memberi nilai tambah seterusnya membantu perniagaan homestay anda!
Ciri-ciri Content Marketing yang Baik
- Cerita dan isi kandungan yang padat serta jelas. Tetapi perlu lah ringkas dan menarik, tidak perlu terlalu panjang kerana content yang panjang boleh membuatkan orang kurang berminat untuk membaca
- Berdasarkan penyelidikan kata kunci. Rujuk semula perenggan "Kelebihan Content Marketing untuk Homestay" isi no 2. Anda juga boleh muat turun Keywords Everywhere tool di Google Chrome untuk mengetahui "search traffic volume" bagi sesuatu kata kunci. Gambar di bawah menunjukkan pencarian bagi homestay melaka adalah 18,100 sebulan. Apa kata gunakan kaedah ini untuk mencuri tumpuan Google?
- Maklumat penting seperti jumlah bilik, jumlah had tetamu yang dibenarkan, kemudahan yang disediakan seperti kemudahan memasak, kelengkapan BBQ, kolam renang, penghawa dingin dan sebagainya.
- Senaraikan tempat-tempat menarik yang terdekat seperti taman tema air, Zoo, pusat membeli belah dan lain-lain. Ini penting ya!
- Apa yang menarik dan kelebihan apa yang anda sediakan? Fokus untuk family gathering? Atau homestay anda mempunyai konsep tersendiri contohnya Muslim Friendly, atau bertemakan Hello Kitty? Jangan lupa nyatakan juga!
Softinn Booking Engine: Solusi Cemerlang untuk Homestay Anda
Satu cara untuk menguatkan strategi content marketing anda adalah dengan menggunakan Softinn Booking Engine yang dilengkapi dengan Google Free Booking Link. Dengan ciri ini, homestay anda dapat disenaraikan di platform Google, membolehkan pelanggan membuat tempahan secara langsung tanpa sebarang bayaran tambahan. Ini tidak hanya meningkatkan visibiliti tetapi juga memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan secara terus, memberi pengalaman yang lebih lancar dan memuaskan.
Terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan tag "Official Website" pada profil Google anda. Untuk maklumat lanjut dan untuk mengisi borang permohonan, sila klik di sini.
Jadi, jom tingkatkan pemasaran homestay anda dengan content yang menarik dan teknologi yang tepat!
Baca juga: 8 Tip Untuk Meningkatkan Booking Homestay