Cara Hotel Menarik Perhatian Pelanggan Untuk Membuat Direct Booking

Direct Booking telah menjadi bahagian penting di mana-mana hotel dalam menjana tempahan daripada pelancong. Direct Booking juga memberikan kelebihan kepada pengurus hotel untuk berhubung terus dengan pelancong dan tetamu. Lebih-lebih lagi direct booking dapat mengurangkan kos komisen yang harus dibayar kepada OTA, sekaligus meningkatkan keuntungan hotel anda. Jadi tidak hairanlah kenapa direct booking lebih digemari oleh kebanyakan pengurus hotel.

Namun, adalah penting untuk kita tahu bahawa semua tempahan daripada OTA atau direct booking adalah bagus untuk menjana keuntungan hotel. Acapkali kita membincangkan kepentingan direct booking, ia kelihatan seolah-olah OTA atau tempahan pihak ketiga adalah buruk, sedangkan ianya tidak. Memang benar bahawa tempahan yang datang daripada OTA dan direct booking memberikan anda jumlah keuntungan yang berbeza. Contohnya OTA mengenakan kadar komisen yang agak tinggi untuk setiap booking, namun anda masih lagi memperolehi hasil daripada tempahan di OTA.

Sebelum kita beralih kepada Cara-Cara Hotel Dapat Menarik Perhatian Pelancong Untuk Membuat Direct Booking, mari kita lihat definisi untuk OTA, Direct Booking dan kenapa direct booking ini menjadi pilihan untuk pengurus hotel.

 

Apa Itu OTA?

OTA adalah Online Travel Agency untuk pelancong membuat tempahan berkaitan percutian seperti penempahan bilik, tempahan tiket penerbangan, pakej percutian dan sebagainya. 

Kebaikan: Sebagai pengusaha hotel, anda sama sekali tidak boleh mengabaikan kepentingan dan saiz pasaran OTA yang lebih luas. Lagipun, OTA telah wujud selama lebih dua dekad dan mereka menerajui pasaran pelancongan dan tempahan hotel.

Keburukan: Walau bagaimanapun, antara keburukan OTA ini adalah anda harus membayar peratusan yang besar (komisen tinggi) daripada jumlah tempahan anda kepada mereka.

Apa Itu Direct Booking?

Direct booking adalah tempahan bilik daripada tetamu terus dengan hotel, tanpa menggunakan OTA atau mana-mana perantara pihak ketiga. Pelancong biasanya membuat direct booking di laman web hotel, melalui panggilan telefon atau e-mel. 

Kebaikan: Menjana lebih banyak keuntungan kerana tiada komisen yang perlu dibayar kepada OTA dan pihak ketiga. Pengurus hotel boleh berhubung terus dengan pelancong dan memberi layanan yang lebih personal sekaligus meningkatkan peluang untuk pelancong kembali menempah bilik di hotel yang sama di masa hadapan 

Keburukan: Memerlukan kemahiran pemasaran digital atau memerlukan perkhidmatan agensi pemasaran untuk mempromosikan hotel di laman maya.

Baca juga: Hotel Direct Booking

Kenapa direct booking menjadi pilihan hotel?

Apabila pelancong menempah secara langsung, pengurus hotel berpeluang menguruskan keseluruhan pengalaman pelancong dan menghantar email untuk promosi service tambahan, daripada fasa sebelum ketibaan mereka untuk mendaftar masuk di hotel sehinggalah fasa selepas mereka mendaftar keluar daripada hotel. Pengurus hotel berpeluang membina hubungan yang lebih mesra dengan pelancong. Direct booking juga menjimatkan kerana pengurus hotel tidak perlu membayar kos komisen yang tinggi.

Baca juga: How to Optimize OTA to Improve Hotel Direct Booking?

Cara-Cara Hotel Dapat Menarik Perhatian Pelancong Untuk Membuat Direct Booking

  1. Online Booking Engine


Hotel boleh berdaftar dengan mana-mana syarikat pengeluar yang menawarkan online booking engine. Online booking engine ini akan memudahkan pelancong untuk membuat tempahan dan bayaran terus ke hotel anda. Anda boleh meletakkan online booking engine di laman web hotel, di akaun social media seperti Facebook, Instagram dan juga di WhatsApp Business bila pelancong berhubung dengan anda.

Tambahan lagi, hotel boleh meletakkan Booking Engine ini di halaman Google dan peta Google. Untuk pengetahuan, Google telah melancarkan program yang dipanggil Google Booking Link untuk hotel di seluruh dunia. Program ini akan mempamerkan harga bilik hotel di Halaman Google dan Peta Google bersama–sama dengan harga bilik di OTA. Kebarangkalian untuk pelancong untuk membuat tempahan melalui direct booking adalah lebih tinggi sekiranya harga yang hotel tawarkan adalah lebih menarik daripada harga yang ditawarkan di OTA.

Hotel boleh mendaftar untuk program ini hanya melalui rakan kongsi Google. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Google booking link, anda boleh baca di sini.

Syarkat seperti Softinn Solutions menyediakan booking engine sistem yang lengkap untuk hotel menjalankan promosi, menarik pelanggan untuk membuat direct booking, dan banyak lagi. Anda boleh cuba dapatkan tempoh percubaan di sini. 
 

  1. Laman Web Hotel


Laman web hotel berperanan dalam mempamerkan imej hotel kepada pengunjung. Kebanyakannya akan ke laman web hotel terlebih dahulu untuk mendapatkan lebih maklumat sebelum mereka membuat keputusan untuk menempah bilik. Laman web hotel yang bagus perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 

  1. Mempunyai design yang cantik dan sesuai dengan imej hotel anda 
  2. Pastikan maklumat hotel sentiasa dikemas kini 
  3. Gunakan gambar hotel dan bilik yang menarik dan berkualiti
  4. Galakkan pelancong membuat tempahan terus di laman web anda dengan meletakkan CTA (Call to Action) di setiap halaman laman web tersebut. Contohnya seperti “Tempah Sekarang”. 
  5. Mesra telefon pintar 

Ramai pelancong pada hari ini menggunakan telefon pintar. Oleh itu, tidak menghairankan jika tempahan di telefon pintar lebih menjadi pilihan dalam industri hotel. Menurut Think With Google, 79% pelancong yang menggunakan telefon pintar membuat keputusan meneruskan tempahan selepas mereka membuat perbandingan hotel di telefon pintar mereka. 

Google akan mengemaskinikan maklumat di halaman Google dan hanya akan mempamerkan laman web yang lebih mesra telefon pintar di muka surat pertama. Antara faktor yang menyebabkan Google meletakkan laman web yang tidak mesra telefon pintar di kedudukan yang bawah adalah untuk memberi pengguna telefon pintar pengalaman yang bagus semasa mencari maklumat melalui Google.

Klik Sini untuk Memeriksa Adakah Laman Web Anda Mobile Friendly.

  1. Kod Promosi


Apa yang bagus jika hotel mempunyai laman web sendiri ialah anda tiada halangan dan boleh membuat pelbagai promosi untuk pelbagai jenis sasaran pelancong dan menarik perhatian mereka untuk membuat tempahan terus daripada menghabiskan masa untuk mencari hotel yang lain. Disinilah pengurus hotel boleh menjadi lebih kreatif dalam mempromosikan kod promosi. 

Justeru, pilihlah hotel booking engine yang menawarkan fungsi kod promosi. Dengan fungsi ini, hotel boleh mengawal kuantiti kod promosi dan jenis promosi yang sesuai mengikut kehendak berdasarkan sasaran pelancong yang dimahukan. Pengurus hotel juga boleh melihat prestasi kod promo yang digunakan oleh pelancong. Dengan cara ini, pengurus hotel dapat menggunakan sumber dengan sepenuhnya untuk mendapat tempahan yang maksimum.

Sebagai contoh, sekiranya hotel mempunyai pelancong yang menempah bilik, mereka boleh memberikan kod promo pada pelanggan untuk digunakan untuk mereka menempah bilik di hotel anda lagi. Hal ini dapat mengalakkan pelanggan supaya menempah melalui hotel yang sama lagi di masa hadapan daripada mencari bilik di OTAs. 

Baca juga: 10 Digital Marketing Ideas For Hotel Using Promo Codes

  1. Kaedah Pemasaran Digital

    Hotel boleh membuat promosi dengan menyiarkan pelbagai imej dan video pendek berkaitan hotel di pelbagai platform seperti :

    1. Facebook
    2. Instagram
    3. Twitter
    4. TikTok
    5. Laman web

    Oleh kerana jumlah pengguna yang mempunyai akses kepada internet semakin meningkat bahkan hampir seluruh pengguna telefon bimbit mempunyai akses kepada internet. Demi memastikan hotel anda menonjol di alam maya, sebagai pengurus hotel, anda juga boleh mencuba beberapa idea di bawah:

    1. Search Engine Optimization (SEO)

      Optimumkan enjin carian hotel di Google dengan memastikan laman web hotel berfungsi dengan baik dari segi teknikal, stabil dan laju. Seterusnya, pengurus hotel juga harus bersaing dengan laman web hotel yang lain dan menggunakan kata kunci panjang yang sesuai seperti “hotel yang mempunyai kolam renang di Melaka”, supaya abila pelancong menggunakan kata kunci tersebut, hotel anda akan dipamerkan di halaman pertama Google. Yang terakhir sekali untuk SEO adalah pautan balik. Sekiranya laman web lain menggunakan link daripada laman web anda, enjin carian Google akan lebih mempercayai laman web hotel tersebut. Dengan ini, laman web hotel anda mempunyai peluang yang tinggi untuk dipamerkan di halaman pertama Google.

    2. Google Ads 

      Google ads ini biasanya muncul di atas sekali pada halaman pertama Google. Ini sangat sesuai digunakan jika anda mensasarkan kepada pelancong yang masih lagi mencari maklumat tentang hotel di Google. Google Ads ini memerlukan sedikit bajet dan ilmu pengetahuan sebelum menjalankannya. Lebih maklumat mengenai Google Ads boleh didapati di sini: https://ads.google.com/home/

    3. Pengiklanan di Facebook

      Sasarkan semula pelancong yang melawat laman web anda. Anda boleh sasarkan kepada URL tertentu, dan mengiklan pelbagai benda seperti promosi, voucher, dan pakej percutian kepada pelancong yang telah melawat halaman tertentu di laman web anda seperti di lokasi, jenis bilik atau mereka yang menggunakan enjin tempahan anda tetapi meninggalkanya di setengah jalan dan tidak selesaikan tempahan.

  2. Kaunter Penyambut Tetamu


Apa yang perlu dilakukan selepas pelancong menempah bilik di hotel melalui OTA atau pihak ketiga seperti agensi pelancongan? Disinilah penyambut tetamu hotel tersebut perlu memainkan peranan. Penyambut tetamu hotel haruslah berpengalaman dalam melayani pelbagai karenah tetamu dan memastikan mereka gembira sewaktu menginap di hotel. Penyambut tetamu boleh mempromosikan direct booking kepada pelanggan dengan memberikan mereka kod promo dan diskaun untuk penempahan yang akan datang. Ini akan menaikkan peluang untuk pelancong kembali ke hotel anda semula dengan membuat penempahan terus.

Baca juga: Smart Strategies To Increase Your Hotel Direct Booking

Cara-Cara Hotel Dapat Menarik Perhatian Pelancong Untuk Membuat Direct Booking

Kesimpulan 


Sekiranya sesebuah hotel kurang bergantung kepada OTA, ianya dapat meningkatkan hasil tempahan secara direct booking seterusnya memberi keuntungan yang lebih tinggi. Cuma perlu diingatkan kadangkala kos komisen yang dibayar kepada OTA sebenarnya kurang daripada kos yang ditanggung pada kempen pemasaran sekiranya anda tidak mahir dalam selok belok pemasaran digital. Diharapkan dengan tip-tip diatas dapat membantu anda meningkatkan direct booking hotel berbanding sebelum ini!

You're reading a blog compiled by Softinn. We're a hotel-technology company with the mission to make hotelier work easier. Do subscribe if you enjoy reading our blog or you may interact with us on our Facebook Page.

Products that make it easier to run a hotel

Get Monthly Updates

We won't spam your inbox. We promise to send a curated list of posts to your inbox once a month, nothing more.

Subscribe Now

COMMENTS