Laman Web Homestay

Laman web merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk pengusaha homestay mendapatkan booking secara online. Memandangkan semakin banyak pengusaha menceburi bidang ini, persaingan menjadi semakin sengit. Cara untuk menonjolkan homestay kita lain daripada homestay yang lain menjadi persoalan utama yang perlu dikaji. Salah satu cara yang berkesan adalah dengan menggunakan laman web dengan optimum.

Kenapa Laman Web Homestay penting untuk bisnes?

40701402_xl

  • Meningkatkan kredibiliti homestay kita
  • Meluaskan sasaran dan pasaran yang lebih luas (jadikan homestay kita mudah dicari oleh orang ramai.)
  • Menjimatkan waktu (semua informasi mudah didapati oleh orang ramai dalam satu klik saja)
  • Mudah diakses dan membuat tempahan (instant booking)
  • Layanan pelanggan yang lebih praktikal
  • Membuka peluang untuk menjalankan promosi dengan efektif.

Ciri-ciri laman web homestay yang menarik

Laman web homestay yang menarik dapat memukau bakal tetamu untuk menginap homestay  kita. Justeru itu, kita haruslah memahami ciri-ciri laman web yang menarik sebelum memaparkan homestay kita di laman web.

  1. Gambar yang menarik

    Dalam era teknologi ini, internet bukan sahaja dipenuhi dengan teks dan perkataan semata tetapi gambar adalah lebih dominan. Dengan menggunakan gambar yang menarik, laman web homestay kita akan kelihatan ceria. Pilihlah gambar yang menyalurkan maklumat dan tidak membebankan pengguna laman web . Kita juga boleh memberikan pilihan kepada pembaca yang ingin membaca laman web dalam versi teks sahaja untuk mengelakkan kesesakan laman web kita.

    Capture 5Sumber gambar
  2. Bar Navigasi yang jelas

    Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman Web. Biasanya, navigasi bar perlulah diletakkan di atas setiap muka surat laman web. Bukan itu sahaja, bar navigasi juga boleh disertakan di sebelah tepi untuk memudahkan pelawat laman web. Penggunaan grafik pada bar navigasi juga membolehkan laman web itu nampak cantik dan menarik. Perlu diingatkan supaya menggunakan grafik/ teks/ warna yang sesuai dan jelas agar tidak mengelirukan pelawat kerana setiap butang dalam bar navigasi itu mewakili sambungan-sambungan tertentu di dalam laman web homestay kita.

    Capture 3-1Sumber gambar
  3. Kandungan yang tepat dan menarik

    Pelawat laman web akan sentiasa mempunyai persoalan mengenai homestay yang bakal mereka menginap. Justeru itu, sertakanlah maklumat homestay yang tepat di laman web. Contohnya, alamat, bilik tidur, bilik air, kemudahan yang terdapat di homestay anda. Bukan itu sahaja, maklumat tentang tempat yang menarik sekitar kawasan homestay juga patut disertakan. Kita haruslah melayan pelawat laman web sebagai pelawat kali pertama yang tidak tahu apa-apa pun termasuk tempat tarikan di negeri/ negara kita.

  4. Interaksi dengan pelawat

    Sebuah laman web homestay yang menarik tidak boleh ketinggalan dengan ruang komen ataupun ulasan. Pelawat laman web akan berharap untuk berinteraksi dengan kita jika mereka berminat dengan kandungan laman web kita. Ini akan membawa perasaan yang mesra kepada pelawat laman web yang mungkin menjadi pelanggan homestay kita.

    Capture-2Sumber gambar
  5. Sambungan yang relevan

    Laman Web yang bagus ialah laman Web yang menawarkan sambungan ke laman Web lain yang berkenaan. Kita boleh menawarkan sambungan laman web sosial homestay kita (Facebook, Twitter dan Instagram) di sebelah tepi laman Web. Tambahan pula, kita juga boleh mencadangkan beberapa artikel yang kita tulis atau ditulis oleh orang lain serta berkaitan dengan laman Web kita di sebelah tepi laman Web homestay kita. Kita boleh memberikan ringkasan yang terkandung di dalam sambungan laman Web tersebut, bagi menyenangkan pelawat laman Web untuk memahami kandungan yang ingin kita sampaikan.

    Capture 2-3
  6. Sistem Penempahan Bilik

    Bagi memudahkan pelawat laman web homestay, kita bolehlah memasang sistem penempahan bilik secara online. Pelawat boleh membuat penempahan serta-merta jika mereka dapati homestay kami sesuai dengan mereka. Bukan itu sahaja, kami juga boleh menjimat masa dan mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini (seperti pembatalan booking oleh pelanggan apabila homestay kami telah tersedia ataupun tidak membayar penuh semasa mendaftar masuk). Layari Softinn Solutions untuk mendapatkan bantuan.

    Capture 4Sumber gambar 

You're reading a blog compiled by Softinn. We're a hotel-technology company with the mission to make hotelier work easier. Do subscribe if you enjoy reading our blog or you may interact with us on our Facebook Page.

Products that make it easier to run a hotel

Get Monthly Updates

We won't spam your inbox. We promise to send a curated list of posts to your inbox once a month, nothing more.

Subscribe Now
Komen